Bila aku ada rokok,aku suka berfikir,bila aku ada nescafe,aku suka menulis,bila aku cantumkan semuanya,aku jadi kreatif..Bila semuanya tiada..aku copy n paste....
Setelah selesai kesibukan aku tahap gaban hujung minggu lepas..aku kembali ke alam maya untuk berblog...dan melawat kawan-kawan punya blog...berita gembira untuk aku minggu lepas aku mendapat tempat ke-3 dalam contest yang JAWS buat...huhuhu...bagus tu...tak sangka idea aku diterima pakai olehnya...
Aku hanya nak berkongsi idea kat sini, bagi pendapat aku..contest macam nie bagus untuk semua blogger..walaupun nilai contest tak lah sampai beratus-ratus ringgit..tapi sekurang kurangnya boleh jugak lepas duit beli topup ke...sayur ke...roti ke....apa apa saja la...Cuba kita bayangkan kalau semua blogger buat contest...fuh...bagus tu...
Tapi ramai pulak bertanya, apa benefit buat contest? hmm bagi aku sesiapa yang buat contest akan lebih dikenali di alam maya...Bayangkan setiap blog ada banner JAWS..Hmmm itu dah bagi banyak traffik ke blog JAWS..itukan bagus...bagi aku contest juga boleh jadi part of marketing.. Contoh sekiranya blog korang blog yang menjual produk,maka satu cara untuk menarik traffic untuk orang ke blog anda adalah dengan melakukan contest...huhuhu....
Macam bagus je idea aku nie...itu pendapat akulah...kalau ada sesiapa yang ada idea power..share share la...ye...anyway tahniah buat MANCHESTER UNITED... huhu cuak jugak aku kalau Manchester kalah..sure kene lagi kutuk kat Office
Sapa pernah masuk PLKN? adik adik yang baru habis SPM wajib pergi, sayang aku tak sempat masuk maklumlah umur dah meningkat..Pentingkah PLKN? bagi aku ia penting kepada remaja-remaja untuk mendisplinkan diri. Maklumatlah sekarang ini banyak sangat gejala-gejala sosial yang kurang sihat, maka eloklah remaja -remaja zaman sekarang ini di hantar ke PLKN.
Sebenarnya aku masih tertunggu tunggu jugak director Malaysia buat movie mengenai PLKN..kerana bagi aku banyak elemen-elemen yang menarik dapat diselitkan didalamnya. Base story sudah ada,cuba garapan saja perlu dilakukan...aku rasa boleh hit kalau buat movie macam nie..
Korang pernah tengok movie ARMY DAZE? filem ini dibuat di Singapura,ia berkisarkan mengenai 5 remaja yang berbeza karekter, menjalani National Service di Singapura..Kelima lima remaja ini mempunyai latarbelakang yang berbeza,namun terpaksa menjalani NS atau military training,ini kerana di sana ia juga perkara wajib bagi rakyat Singapura.
Aku selitkan kat sini sedutan filem ARMY DAZE... dan beberapa keping gambar Diana Danielle di PLKN..hmmm artis pun tak boleh lari masuk PLKN maaa...Aku terfikir juga,kalau anak dato-dato..anak raja...kene masuk jugak ke?