PeAr
http://blogs.warwick.ac.uk/images/laurakilarski/2006/06/19/closed.jpg

Dengan Rasminya aku menutup blog ini dengan penuh rasa kenangan..


Dan dengan rasminya aku telah berada di blog baru rumah yang lebih selesa


Jangan lupa add aku dirumah baru,kerana ada contest yang aku nak lancarkan sempena menyambut blog baru.


PeAr
Photobucket

Adakah pekerjaan ini pekerjaan terbaik untuk anda? Jom tengok apa kerja yang perlu dilakukan.


1: Menjaga dan buat report di "Great Barrier Reef" sebuah pulau di Queensland Australia
Tuliskan report and atau apa -apa aktiviti anda lakukan di blog. Tidak kisahlah sama ada anda nak snorkling ke, pergi spa ke, apa sahaja yang menarik di pulau ini untuk di terokai.Apa yang perlu anda lakukan update berserta gambar di b
log macam diari harianlah..

2: Bagi makan ikan
Ada lebih kurang 1,500 spesis ikan..kasi makan je..(Chet tabur jela apa susah)

3: Bersihkan Pool
Senang giler kerja ini, pool mesti ada automotik filter.so takyah susah susah nak bersihkan.Kalau aku... suka je nak bersihkan sambil mandi.

Best bukan..nak tahu sapa yang dapat kerja ini?

http://thestandard.com.hk/images/instant_news/20090506/art(7).jpg
Mak,Abah den menang ni duk kat Pulau

Nama lelaki bertuah ini adalah Ben Southall berusia 34 tahun,kerjanya sebelum ini hanyalah melakukan kerja kerja amal.Daripada 16 finalis yang dipilih.Ben dinobatkan sebagai pemenang untuk pertandingan ini.Dan dia lah yang paling layak untuk menjaga pulau ini. Berapa gajinya? Dia akan dibayar $150,000 selama enam bulan bekerja?( huhuh bukannya ada pencen 6 bulan je)

Adakah ini kerja idaman anda? hmm bagi aku taklah sangat kerja idaman, mula mula mungkin seronok lepak di pulau macam Raja...lama-lama kebosanan akan melanda jiwa..Aku rasa mencari pekerjaan sebenarnya datang dari apa yang kita minat. Jika kita minat sesuatu dan kita bekerja dengan bidang yang kita minat,insyaallah...kita akan sentiasa seronok dengan kerja kita.Contohnya aku,aku sukakan editing,so aku jadi Visual Editor lah...

p/s Kenapa ramai budak2 U suka lari bidang yang dia belajar? Contohnya ambil bidang IT, kerja bidang penyiaran..tiada LOGIKA...
PeAr


Ahmad Dhani...oh apa yang aku perlu cerita mamat nie...muzik dia sahaja sudah menaikkan bulu roma...Baru-baru ini aku ada terdengar di radio lagu MADU TIGA nyanyian Ahmad Dhani best giler lagu ini,kira boleh la layan.Arrangement dalam lagu ini ada unsur unsur TANGO..sudah cukup untuk suami suami diluar sana menyanyi mengikut irama...Lagu ini memang evergreen....semua rakyat Malaysia tahu, jadi Ahmad Dhani gunakan kesempatan ini untuk buat come back agaknya buat peminat2 dia kat Malaysia...

Semalam aku tengok pulak Video Klip lagu ini,simple tapi terhibur...Mamat ini siap pakai t-shirt ada gambar P-Ramlee lagi...dah la...apa kes sebenarnya aku cerita pasal artis seberang ini...mesti sebab takde kes artis Malaysia kot...balik2 gossip adus.BOSAN! BOSAN!

P/S Aku terbaca majalah MANGGA dan aku rasa majalah ini dikategorikan sebagai majalah lucah...Content story dah la tak banyak..asyik dok tayang perempuan seksi, dengan lelaki di swimming pool...adoi....

Label: 3 ulasan | |
PeAr
Korang nak rasa sasau tak? Jom layan RED DOT yang giler nie..sasau aku dibuatnya....




PeAr
20 Ebook Percuma Untuk Newbie
Tawaran percuma ini Dibuka Untuk sementara sahaja

Dunia tanpa batasan. Anda tidak perlu mengeluarkan modal anda untuk mendapatkan Ebook-Ebook seperti yang saya senarai. Ebook ini sesuai untuk Newbie

1. 5 Langkah Mudah Memulakan Perniagaan Internet
2. 5 Rahsia Sulit Untuk Kaya Di Internet
3. 7 Rahsia Gaya Pos
4. 100 Cara Promosi Tingkatkan Web Trafik Anda
5. Bina Blog Dalam 3 Minit
6. Clickbank Untuk Newbies
7. Kesilapan Usahawan Muda Internet
8. Laporan Adsense Janawang
9. Panduan Daftar Paypal
10. Panduan Domain
11. Panduan Membeli Belah Secara Online
12. Diari Kehidupan Seorang IM
13. Formula Matematik 1juta Dalam 1tahun
14. Panduanbloggeradsense
15. PELITA AFFILIATE
16. 6moduladsense
17. Rahsia_Web_Jualan
18. 48-HOUR ACTION PLAN Affiliate Easy
19. Model Internet,Clickbank,Paypal
20. Panduan Nuffnang




Label: 8 ulasan | |
PeAr
Adus.pening aku hari ini, bila dapat email dari nuffnang,baca ini...

Anda menerima e-mel ini disebabkan oleh sistem kami yang telah menukar status keahlian Glitterati anda ke status keahlian "Ordinary" atau keahlian biasa.

Ini disebabkan skrip berikut telah dijumpai oleh sistem kami di dalam blog anda:

[[ getyouthmedia.com ]]

Sila ambil perhatian yang ini tidak akan mengugurkan keahlian anda di dalam Nuffnang dan juga tidak akan membawa apa-apa kesan terhadap unit iklan Nuffnang anda.
Walaubagaimanapun, jika anda ingin mengekalkan status Glitterati sila pastikan kod unit iklan di atas telah dikeluarkan daripada blog anda dan sistem kami akan mengemaskini profil blog anda dalam beberapa hari kemudian.


Hmm..setelah berfikir panjang...aku lepaskan youthmedia.com..walaupun youthmedia merupakan tapak yang baik untuk networking..tapi aku terpaksa jugak la lepaskan...tidak hilanglah status Glitterati aku dalam Nuffnang...Dont worry Nuffnang...i'm yours huhu....


http://unknown.aman.googlepages.com/NuffNang_2.0.jpg/NuffNang_2.0-full.jpg
My choice,Your choice
Label: 6 ulasan | |
PeAr
http://images.mirror.co.uk/upl/m4/apr2009/3/1/susan-boyle-pic-itv-image-2-801724846.jpg

Pernahkah anda merasakan dunia terkadang teramat kejam pada perempuan setengah baya, datang dari keluarga sederhana di daerah terpencil, tak dikenal, tak menarik, dan tak berpotensi langsung. Dunia menertawakan dia semacam apalagi perempuan ini mempunyai cita-cita untuk menyanyi di khalayak ramai...

Susan Boyle, seorang wanita pekerja sosial dari Arivia, usianya sudah 47 tahun, namun keinginannya untuk menyanyi di depan orang ramai tetap tinggi. Dia mematahkan senyum sinis dan pesimis Simon Cowell, sang juri American Idols.

Susan Boyle memang berasal dari desa terpencil Blackburn, West Lothian, Skotlandia, dan dia hanya biasa menyanyi di depan ibunya. Meski kadang juga menyanyi di gereja desanya.

Susan Boyle memang bukan penyanyi, bahkan kursus menyanyipun tidak. Namun, keteguhan hatinya untuk membuktikan pada dunia bahwa dia boleh melakukan apa yang orang lain buat

Itulah yang dilakukan oleh Susan apabila memasuki pertandingan BRITAIN'S GOT TALENT..suaranya memukau penonton penonton yang datang menyaksikan pertandingan itu.Bila Susan memulakan nyanyian...Penonton mula terpaku.. Yang mencemuh Susan pada mulanya,lantas bangun memberikan standing ovation pada Susan...Congrate Susan Boyle.....

Lihat video di link Youtube di bawah

CLICK HERE!

PeAr

Selama aku bekerja di bidang penyiaran...aku tak penah lagi jumpa pengacara kurang ajar cam ni..Tapi nak buat macam mana...aku dengar suara mamat ni pun aku nak tergelak...haha...apa yang aku dapatkan pengacara ini, tak buat homework nak interview pasangan ini..Bila terlalu rileks..Inilah jadinya...
PeAr
Sedang aku sibuk cari duit lama..tetiba jumpa pulak gambar duit baru RM50.00. Tapi ada pulak 2 versinya.mana satu yek?

Gambar 1

Gambar 2




Label: 3 ulasan | |
PeAr

Aku tak tahu cam mana nak react dapat email ini..Nak gelak ke atau aku boleh termenung sekejap...hmmm.....

TEMUDUGA TERBUKA : SEBAGAI CALON JENAZAH

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPA SEBARANG PENGECUALIAN!!!!!

KEKOSONGAN JAWATAN:
A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan A):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
Anda tidak perlu bawa siji-sijil,termasuk sijil saham termasuk saham Internet.
Anda tidak perlu bawa pingat , Mercedes mata belalang atau kad kredit.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta serta emas yang anda kumpul.
Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal iaitu : Iman dan Amal serta sedekah jariah sebagai sokongan.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu.


Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini:

Sabda Rasulullah S.A.W:

"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara (terompah kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekahjariah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya." Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya : dari arasku tidak ada jalan masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan : di bahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya : Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) memperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu : Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu : Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat : Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki -laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepada nya? Maka berkata mayat itu: Laki-laki itu ialah! Nabi Muhammad S.A.W dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu : Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula diakhirat insya'Allah.. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya".

Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat

Wallahu-a'lam. Semoga berjaya dalam temuduga ini

http://wagiman.onesite.com/images/thumb/anak_solat.jpg

P/S Semoga kita banyakkan amalan di dunia


Label: 2 ulasan | |
PeAr

Lelaki oh lelaki....hahahha....lelaki memang tak boleh lari dari benda benda macam nie..Entahla..kadang kadang puas juga mengucap bila tgk perempuan pakai seksi..tapi...mata kita nie kadang kadang nakal nak jugak tengok....Tapi..fikirkanlah..hanya dengan satu pandangan, kalau bini korang perasaan,boleh 2-3 hari gado ohhh...
PeAr
Sinopsis LOS DAN FAUN

Kemahiran Faun didalam mencari benda-benda hilang dengan menggunakan ‘power of deduction’ telah membolehkan mereka membuka suatu perniagaan baru yang difikirkan oleh Los yang bijak dalam bidang pemasaran ini.

Perniagaan mereka makin maju hari demi hari, duit mencurah curah tiada henti mencari bantuan mereka. Pengiklanan servis mereka yang pada mulanya hanya sekadar iklan kecil dalam surat khabar sehingga ke iklan di tv dan radio.

Pada suatu hari ada seorang Datin yang menonton iklan mereka memerlukan pertolongan Los dan Faun dalam menjejaki semula jam tangan yang telah hilang bernilai RM40 juta peninggalan suami beliau yang telah meninggal dunia. Tapi dengan tiba-tiba kehebatan Faun dalam mencari klu-klu untuk menjejaki jam tersebut seolah tidak berjaya.




DOWNLOAD LINK.
Los dan Faun Part 1
Los dan Faun Part 2
Los dan Faun Part 3
Los dan Faun Part 4
Los dan Faun Part 5

p/s: pastikan anda download kesemua file kemudian extract menggunakan
Winrar..nanti leh tgk full movie
Label: , 2 ulasan | |
PeAr
Aku baru balk dari shooting program baru yang akan keluar di tv3 tak lama lagi..fuh penat rasanya..buat freelance dan at the same time buat keje hakiki aku...posting aku hari ini agak peribadi skit hehe..aku just nak bagi tahu korang 3 negeri yang aku pergi shooting nie..iaitu Kuantan,Terengganu dan Kelantan...percaya tak korang,tiga-tiga negeri ini,aku tak penah pergi..pelik kan? hmmm utara dan selatan selalu la...but not pantai timur.

Di antara ketiga-tiga negeri ini..ada satu negeri yang menarik perhatian aku...iaitu Kelantan..hmm percaya tak kalau aku cakap aku di mindset dalam kepala otak aku cakap Kelantan? apa ada kat sana? mesti macam pekan Koboi... Ternyata semua itu hanyalah mindset aku sahaja...aku terkejut tgk negeri Kelantan...sangat cantik...sungguh tertarik.... patut la rakyat kelantan lebih senang dengan pemerintahan PAS disana...aku ingatkan kelantan makin mundur ditolak peredaran zaman..tapi aku kagum dengan KELANTAN...rakyatnya ramah,bahasanya unik,makannya murah,orangnya lawa2..

aku akan kesana lagi insyaallah..kali ini aku nak bercuti pulak dekat sana..hehehe. ini ada sedikit bahasa KELANTAN yang aku belajar

p/s aku akan download majalah baru..tunggu...

[1_631174475l.jpg]
KB Mall Kelantan

Masjid Sultan Ismail Petra Kubang Kerian




Label: 2 ulasan | |
PeAr
Adakah korang peminat buku-buku Harry Potter? Jika ia, download la sesuka hati korang sekarang....Anyway...jangan lupa dapatkan PAKEJ NEWBIE IM... produk ini hanya berharga RM20.00... banyak ilmu-ilmu kita boleh pelajari didalamnya terutama bagi mereka yang baru menjinak jinak diri untuk mencari duit poket di internet... Bila orang tanya boleh ke buat duit di INTERNET? so bgi pear..inilah jawapan bagi korang yang selalu banyak soal..Tak rugi beli..hanya Rm20 tapi ilmu yang kita dapat tu,melebihi apa yang dipelajari...
So...apa tunggu lagi, panduan dah ada..dapatkan sekarang..


Pakej lengkap hanya RM 20.00
















Label: , 0 ulasan | |
PeAr

PeAr
Post Image


Setelah selesai kesibukan aku tahap gaban hujung minggu lepas..aku kembali ke alam maya untuk berblog...dan melawat kawan-kawan punya blog...berita gembira untuk aku minggu lepas aku mendapat tempat ke-3 dalam contest yang JAWS buat...huhuhu...bagus tu...tak sangka idea aku diterima pakai olehnya...

Aku hanya nak berkongsi idea kat sini, bagi pendapat aku..contest macam nie bagus untuk semua blogger..walaupun nilai contest tak lah sampai beratus-ratus ringgit..tapi sekurang kurangnya boleh jugak lepas duit beli topup ke...sayur ke...roti ke....apa apa saja la...Cuba kita bayangkan kalau semua blogger buat contest...fuh...bagus tu...

Tapi ramai pulak bertanya, apa benefit buat contest? hmm bagi aku sesiapa yang buat contest akan lebih dikenali di alam maya...Bayangkan setiap blog ada banner JAWS..Hmmm itu dah bagi banyak traffik ke blog JAWS..itukan bagus...bagi aku contest juga boleh jadi part of marketing.. Contoh sekiranya blog korang blog yang menjual produk,maka satu cara untuk menarik traffic untuk orang ke blog anda adalah dengan melakukan contest...huhuhu....

Macam bagus je idea aku nie...itu pendapat akulah...kalau ada sesiapa yang ada idea power..share share la...ye...anyway tahniah buat MANCHESTER UNITED... huhu cuak jugak aku kalau Manchester kalah..sure kene lagi kutuk kat Office
PeAr
http://img3.imageshack.us/img3/3222/apo245page001.jpg


Jom Rileks kan fikiran di hujung minggu ini dengan membaca majalah Apo edisi Mac 2009
P/S credit to jiwang
PeAr
Sapa pernah masuk PLKN? adik adik yang baru habis SPM wajib pergi, sayang aku tak sempat masuk maklumlah umur dah meningkat..Pentingkah PLKN? bagi aku ia penting kepada remaja-remaja untuk mendisplinkan diri. Maklumatlah sekarang ini banyak sangat gejala-gejala sosial yang kurang sihat, maka eloklah remaja -remaja zaman sekarang ini di hantar ke PLKN.

Sebenarnya aku masih tertunggu tunggu jugak director Malaysia buat movie mengenai PLKN..kerana bagi aku banyak elemen-elemen yang menarik dapat diselitkan didalamnya. Base story sudah ada,cuba garapan saja perlu dilakukan...aku rasa boleh hit kalau buat movie macam nie..

Korang pernah tengok movie ARMY DAZE? filem ini dibuat di Singapura,ia berkisarkan mengenai 5 remaja yang berbeza karekter, menjalani National Service di Singapura..Kelima lima remaja ini mempunyai latarbelakang yang berbeza,namun terpaksa menjalani NS atau military training,ini kerana di sana ia juga perkara wajib bagi rakyat Singapura.

Aku selitkan kat sini sedutan filem ARMY DAZE... dan beberapa keping gambar Diana Danielle di PLKN..hmmm artis pun tak boleh lari masuk PLKN maaa...Aku terfikir juga,kalau anak dato-dato..anak raja...kene masuk jugak ke?







GAMBAR DIANA DANIELLE DI PLKN




PeAr
Kalau korang rasa remaja lagi, download lah issue terbaru Remaja keluaran Mac 2009....

http://img5.imageshack.us/img5/1005/majalahremaja541page001.jpg





PeAr
http://visibleprocrastinations.files.wordpress.com/2008/03/earthhour.jpg VS akademi fantasia 5 logo Pictures, Images and Photos

Bersediakah korang untuk tutup lampu selama sejam? Lampu je ke? kipas kene tutup ke? tv? hmm..apa apa pun tutup la apa apa yang patut... Earth Hour adalah satu program untuk menyebarkan kesedaran mengenai penjimatan tenaga dan kepanasan global dengan cara yang amat mudah : Setiap orang, dimana juga anda berada, adalah di’galakkan untuk menutup lampu selama satu jam.

Aku rasa inilah peluang kepada penyamun-penyamun,jebon-jebon,perompak-perompak untuk memulakan operasi yang diberi nama "YOU SAVE WE STOLE" senang keje dia orang... huhu...
Tapi aku percaya..betapa gelapnya rumah korang confirm t.v korang takleh tutup..Mana taknya AKADEMI FANTASIA KONSERT KE 3 Beb....Tapi disebabkan ia selama sejam je..aku rasa sempat kot korang nak tengok...Apa-apa pun inilah masanya kita menunaikan tanggungjawap kita di muka bumi untuk sama sama menyokong Earth Hour!







Label: 2 ulasan | |
PeAr
khairy+jamaluddin Pictures, Images and Photos
PEMENANGNYA ADALAH K.J

Khairy Menang Jawatan Ketua Pemuda UMNO Dengan 304 undi… mengalahkan Mukhriz dan Khir Toyo

Khairy mendapat 304 undi..

Khir mendapat 254 undi..

Mukhriz mendapat 232 undi

KUALA LUMPUR: Dianggap sebagai keputusan yang mencemaskan, ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno yang baru.

Beliau yang memperolehi 304 undi menewaskan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dan ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir.

Khir Toyo menerima, 254 undi, manakala Mukhriz pula 232 undi.

Jawatan Naib Ketua, dimenangi oleh ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim yang juga Ketua Pemuda Johor. Beliau memperoleh 417 undi menewaskan Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Dalam ucapan penggulungan perhimpunan Agung Pemuda, Khairy berazam mewujudkan barisan Pemuda yang berani menuntut perubahan dan semangat setiakawan.

Beliau menekankan aspek itu dengan mengambilkira slogan kempen ketiga-tiga calon berkenaan.

Keputusan itu sekaligus Khairy meneruskan tradisi seorang Naib Ketua mengambil alih jawatan Ketua Pemuda Umno.

Sementara itu, ketika beliau menyampaikan ucapan penggulungan petang tadi wujud suasana tegang di antara penyokong-penyokong Khairy dan Mukhriz di aras 1 bangunan
PWTC.






Label: 1 ulasan | |
PeAr

Dengar cerita, inilah gambar pengacara 999 Zakiah Anas yang digembar gemburkan,aku pun tak pasti..sebab banyak muka klon manusia nie... Tapi gaya posing memang ada..hanya pengacara saja boleh post ayu cam tu huhu komen sikit..




Label: 4 ulasan | |
PeAr
Your creativity becomes art.. Sedang aku melayari internet, aku terjumpa web nie. Web nie membolehkan korang buat avatar macam kartun mangga.Jika korang berminat untuk membuat bolehlah ke www.faceyourmanga.com korang leh design bentuk muka korang macam mana yang ko nak huhu..senang je nak buat benda nie...

Sample Avatar aku
ala-ala anak Godfather
Photobucket
PEAR

Cool kan!! hope u guys enjoy buat avatar korang..






PeAr

Photobucket
MARI DOWNLOAD E-BOOK MAJALAH PC





PeAr

Salam..sudah 3 hari aku tak buat posting...maaflah hari minggu aku sibuk..selalunya org hari minggu cuti..tapi hari minggu akulah yang paling sibuk..nak-nak musim cuti sekolah.. Musim orang kahwin dan bertunang..Huhuhu... Ok aku just nak kongsi dengan korang pasal income aku di MYRM10.. Terima kasih MYRM10 kerana membayar aku RM 64 ringgit.. terus masuk ke bank aku.. huhu..best best...

Sekurang kurangnya dapatlah mengubati duka lara aku disebabkan M.U kalah pada Fulham haha.. Ok disini aku copy screen shot dari mainpage MYRM10, mengatakan bahawa dia orang dah bayar aku. Aku kurang pandai sangat buat screen shot..aku copy paste jea nie... kalau ada yang pandai sudi sudilah ajar aku. Oh ya.. nama aku yang kat bawah tu , Muzzafar Salleh (RM 64) bagi mereka yang belum join tu..join la.tak menaja pun dapat sen..ok...salam...

ebulksms


Screen shot MYRM10

Jumlah Ahli

:8673

Jumlah Ahli VIP

:6085

Jumlah Ahli Free

:2582

Jumlah Visitor

340349

Jumlah Online

33 Online Users

Bayaran Terbaru

- Abdul Halim Noor (RM36.9)
- Muzzafar Salleh (RM64)
- nurul aini binti mohd rais (RM16)
- ABDULLAH BIN YAAKUB (RM19)
- SITI MERIAM BT MAMAT (RM12)
- Muhammad Hafiz Bin Hassan (RM10)
- Mohd Fazil Husin (RM7.1)



































































































Label: 1 ulasan | |
PeAr
http://sesengalubi.files.wordpress.com/2009/02/yuna-rocket-chord.jpg
Yuna ( Tudung also can Rock la)

Yuna..siapa Yuna? pada mulanya bila aku dengar lagu dia aku tak rasa apa-apa..hmmm just another English song...tapi suddenly bila aku usha youtube..Luna nie rupanya melayu..wow! biar betik...Suara macam ala2 corrine bailey+hailey bennet huhuhuhu...bila aku selidik barulah aku tahu yang Yuna nie memang dari Malaysia..asal la aku tak tahu....

Sapa sangka wanita bertudung nie pandai memetik gitar...dengan suaranya yang perghh..susah aku nak describe.. lirik dan melodi nya memukau aku..hmmm aku kurang dapat info pasal YUNA..maybe dia nie low profile..

Walaupun Luna masih baru,aku dapat rasakan dia boleh pergi jauh..dengan lagu hit nya "Rocket" ia sudah cukup ke tahap INTERNATIONAL LEVEL.. aku harap.. Luna maintain main genre muzik camnie...

Rocket

You're like a rocket in my mind
That's waiting to define everything about me no one knew
And you stick like a poster on my wall
As if you dont wanna move

I got no money in my pocket
Nobody to rock with but you
But you know me I don't seem to roll
Somehow we managed to get through

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it's alright
At least I get to see you tonight
Tonight

I can't believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of --- to save me
I can't believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you're gonna stay

It's like I'm picking up a miracle off the sidewalk
Like kitten in the box
Don't contemplate yourself, you say
Cause you're all you've got
I'm a --- and pathetic
At the same time unlike you
Baby you've got no move
And you think I'm good at what I do

People come and people go
And people gonna come some more
They pick a fight
But it's alright
At least I have you home tonight
Tonight

I can't believe we almost got famous for nothing baby
You came the last minute of --- to save me
I can't believe we almost got paid for nothing baby
Cause even if they go away
I got the feeling that you're gonna stay

You're like a rocket in my mind
Waiting to define everything about me
You're like a poster on my wall
Sticking, don't wanna fall
As if you dont wanna move

Download Full Yuna music
FREE!!!






Sign by Danasoft - Get Your Free Sign